maaflah buat kesekian kalinya kerana agak lama saya tidak meng'update apa apa di sini mahupun di blogspot saya.
Kerja yang baru bertukar, mengambil masa untuk menyesuaikan diri, suami yang kurang sihat dan baru hari dibenarkan keluar hospital, kuliah dan assignment yang harus disiapkan... aaahhh alasan untuk menyalahkan masa yang tidak cukup. tapi sebenarnya ianya salah saya sendiri yang kurang bijak mengatur masa kan...
hmm cukup cukuplah saya membebel... he he he
inilah hasilnya shimmering flora saya yang pertama. Buat Cikgu Nora dan cikgu Lily, your comments dialu alukan. Buat para viewers, appriciated jika sudi comments.
busana ini kepunyaan adik ipar saya. puasa saya berfikir, apa yang harus saya lakukan pada busana ini. makanya saya memberanikan diri untuk membuat shimmering flora @ bling bling chenta.
ada yang perlu saya baiki lagi, tapi overall saya berpuas hati dengan chenta yang pertama ini.
till then keep on bling bling ya!